Peperiksaan semakin hampir. Mood aku nak belajar kejap naik kejap turun macam roller coaster.
Tetapi sebagai pelajar matrikulasi dua tahun, aku kena 'ajar' diri aku
untuk lebih fokus dan berdisiplin. Masa 'lebih' yang aku habiskan di
KMNS haruslah berbaloi. Aku nak pada bulan September 2018, berebut-rebut
universiti awam offer course pilihan pertama kepada aku. 😀
1)Tidur yg cukup
→Walaupun bertimbun mana pun hw,kita kenalah jaga masa tidur kita.Kadang2 kalau kita stay up buat hw tu tak siap2 jugak,otak pun dah lepu.Better kita tido awal pastu bangun pun awal.Atleast kalau bangun awal dapatla buat revision ataupun buat hw sikit-sikit.Time class pun takdelah ngantuk je 😁
2)Makan
→Makan pun kena jaga jugak tau,atleast before class tu breakfast la sikit paling kurang pun dapat sekeping roti pun jadilah.Bukanya apa,risau pagi2 lagi kita dah tak rasa selesa nak study sebab perut rasa lapar je.Tapi kalau nak makan tu beringat jugak,makan banyak- banyak pun tak boleh jugak sebab nanti rasa ngantuk sebab kenyang sangat (hahaha).
3)Kawan
→Berkawan ni memang best sebab kawan lah yg selalu lepak dengan kita,study dengan kita,main pun dengan kita.Tapi sebagusnya carilah kawan yg baik dan dapat membantu kita ke arah kejayaan.Bila kawan ajak main kita joinlah,kalau kawan ajak study lagilah kita join.Seronok sebenarnya kalau ada kawan yg selalu tolong kita ni.Kawan yg camnilah yg best sebab dia nak kita berjaya sama-sama.
4)Ibu & ayah
→Bila cakap pasal parents ni rindu la pulak dengan diorang.Dalam belajar ni kita kena ada redha ibu bapa sebab merekalah yg membesarkan kita,jaga kita sehinggalah kita pada masa sekarang ni.So,atleast tanyalah khabar mereka,sekali-sekala tu call lah.Atleast sejuk jugak hati mak dan ayah kita bila kita tanya khabar mereka.
5)Hubungan dengan ALLAH
→Ni paling penting,sebagai seorang muslim haruslah kita sentiasa melakukan amal ibadat.Jangan sesekali tinggalkan solat.Selalulah baca Al-quran paling kurang pun sehari sekali.Jika kita mendapat keredhaan dan keberkata daripadanya,insyallah segala urusan kita akan dipermudahkan.Aminnn...



